22 Jan 2014

Di usia ini...


Assalamualaikum.

Di usia ini..

Aku percaya mereka² yang dah melalui fasa ni dah rasakan apa yang aku rasa. Sebab di usia ini, macam-macam persoalan yang timbul. Terlebihnya persoalan pasal hati, hidup dan pilihan.
Rumit, perlu kecekalan, nasihat, dan paling utama..kepercayaan kat Allah. Betul tak tipu.

Bilamana diri didesak pelbagai keinginan, impian dan cita-cita. Tiba-tiba ada perkara lain menghampiri. Mesti kau rasa "Aagghh..apakah semua ini??"

Rupanya, sulit menjalani hari di usia ini. 24. Dah tua? "Taakk..Masih muda lagi tu. "
Itu bila makcik yang berumur 50 tahun keatas cakap, boleh la. Cube tanya budak umur bawah 12 tahun. Mungkin ayat diorang lebih sedap, "taklah tua SANGAT.." Ok Fine..

Andai umur panjang, pastinya akan banyak PENGALAMAN yang aku dapatkan di usia ini.
Tapi di usia ini juga, tak mustahil ia setakat di sini saja.





10 Jun 2013

Lovely Lonely Time


Assalamualaikum  =D

Manusia ni ada banyak ragam dan aksinya. Ada yang nak hilangkan tension atau nak rilex kan dia punya mind, diorang suka jalan-jalan, makan-makan, shoping², slaping², woching², toking²..macam –macam lah! Tapi kalau dah toking² tu yang bahaya, semua benda nak di 'talk'nye.


Tapi ada jugak yang lebih suka membawa diri yang lara. Mungkin aku type yang macam ni. Bukan nak menjauhkan diri atau nak hilangkan diri. Aku mana ada kuasa macam si David Rice ‘Jumper’ nak hilang tetiba then muncul tetiba jugok. 

Aku pernah berfikir, orang yang suka menyendiri ni lebih kurang macam katak bawah katil. Apa barang suka duduk sorang-sorang.  Yup, aku pernah berfikiran buruk sebegitu. Tapi bila time aku suka dok sorang-sorang, suka menyendiri, baru aku tau apa itu nikmat freedom dari hati. Bila bersendiri, dengan otometik nya otak kita akan terasa aktif. Banyak berfikir, banyak mengenang, banyak mengagak, banyak menyesal. Yes, BANYAK MENYESAL !! itu yang paling best.


Dalam masa menyendiri ni lah kita dapat fokus apa yang kita nak sebenarnya? Apa yang kita dah buat sebenarnya?  Apa yang kita rasa sebenarnya?  Dan mungkin boleh cari tau siapa kita sebenarnya?


Banyak tanda soal kan? Maybe, sebab memang itu yang perlu dicari tau. Sejujurnya takde kisah yang menarik dalam hidup aku. Itu apa yang aku rasakan lah. Tapi sebalik tu, aku yakin Allah dah rancang hidup kita semua ni menarik belaka kisahnya. Dan Alhamdulillah, I love my life life this way *feeling blessed


Dalam waktu kesendirian, ada banyak jugak manfaatnya. Daripada asyik berkumpul, hang out dengan kawan tanpa alasan, buang duit jalan-jalan tak tentu pasal, lebih baik try curi masa untuk diri bersendiri. Mungkin apa yang aku cakap ni bukan semua yang mengalami. Setakat yang aku pernah alami, menyendiri itu memang perlu. Perlu untuk berfikir, merenung dan mencari. Kita diciptakan Allah bersebab, bukan secara suka-suka. Dalam memikirkan apa, kenapa dan bagaimana, aku dapat rasakan something yang aku tak boleh ungkapkan. Senang cakap, Speechless. 

Ah Bajet lah dia ni. Berfikir konon. Awak, kita nak buat sesuatu memang kena berfikir. Bukan main balun je. Sebab tu Allah kurniakan akal, biar kita dapat berfikir. Yelah, aku nak cakap panjang pun bukan hebat sangat. Cuma aku rasakan, bila menyendiri kita akan dapat rasakan sesuatu yang jarang kita rasakan. But, bukanlah bermaksud masa menyendiri tu kita gunakan main game,tidur,tengok muvee, dan lain lain. Cuma maksud aku kat sini, cuba kita gunakan masa menyendiri tu untuk berfikir sekejap je. Selalunya orang sebut dengan Muhasabah Diri.

Dalam masa ni jugak, interaction kita dengan Allah boleh semakin baik. InsyaAllah. Lebih banyak mengadu dan mengadu kepada Allah. Bergantung sepenuhnya kepada Allah. Yakin dengan perancanganNya. Boleh dirasakan kemanisan disitu, insyaAllah.  =)

 Cari kelemahan diri, cuba cari cara perbaiki dan action.





Done! u must be a different person after this. Insya-Allah, along with du'a and effort.










20 Apr 2013

Kenapa Aku Lebih Pilih Single


Assalamualaikum  =)

Single? Mungkin sesetengah orang akan fikir ianya kolot, tak cool, terlalu jual mahal atau dicop sebagai tak laku. Tapi bagi aku single tu pilihan the best. Buat masa ni lah. Selain tak perlu berangan lebih, fikir pasal hati, duit pun boleh jimat. Time-time single macam ni lah boleh tau apa itu erti nikmat sebenar kebebasan. Bagi orang SUSAH macam aku ni, single itu indah sebab boleh jimatkan duit dan banyak perkara bermanfaat boleh didapat. Time Single;

  • Top-up RM5 pun boleh tahan seminggu atau lebih. Dari situ dah boleh save duit untuk top-up. Bukan bermaksud ‘kedek’ tapi membazir kan amalan syaitoon.
  • Hidup aman tanpa gangguan panggilan setiap hari. Tak perlu ber ‘super saver’ atau apa. Tidur pun nyenyak. Mata tak lebam-lebam.
  • Duit dating tengok wayang, beli hadiah atau apapun dah selamat boleh masuk bank.
  • Insya Allah hidup diredhai sebab dah cuba elakkan daripada perbuatan maksiat.
  • Boleh fokus fikirkan hal yang lebih penting daripada fikirkan ‘kekasih hati’ katenye.
  • Belajar mantapkan ilmu agama dulu. Ilmu agama bukan untuk diguna pakai sehari dua, melainkan seumur hidup.
  • Dapat dekatkan diri dengan Allah dengan lebih lagi. Kenapa dan Mengapa? Bcoz kita akan selalu berharap dan berdoa supaya dikurniakan jodoh yang terbaik dariNya. Dari situ kita dah cuba rapatkan jurang antara kita denganNya.
  • Keyakinan yang tinggi sebab dah serahkan segala kepada yang Maha Mengetahui keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.
  • Dah save duit, boleh join kursus masak, jahitan, kursus menganyam ketupat dan lain-lain. Dah kawin nanti mana tau boleh bukak bisnes online. Tak untung gettu? Zaman sekarang semua serba serbi hujung jari. Gunakanlah jari ni sebaik mungkin selagi ianya ada.

Sebab itulah aku lebih pilih untuk single. Selain tu, dah terlalu banyak pengajaran aku dapat dari orang-orang sekeliling aku yang bercinta macam hot-hot namun akhirnya terkandas tengah jalan, kekasih lari kelain hati, kekasih lari dari tanggungjawab, hidup selalu dipermainkan dengan lelaki, dan sebagainya. Sesetengah wanita mungkin diberikan kecekalan hati yang hebat. Dah beberapa kali dipermainkan dengan lelaki pun masih nak percaya dan masih mudah dipermainkan sekali dua lagi. Naudzubillah. Ambil je pengajaran daripada situ Insya Allah cukup kuat alasan aku kenapa pilih single.

Salah satu keistimewaan yang diberikan Allah pada wanita adalah kelembutan. Namun kelembutan tu dah disalahgunakan oleh sesetengah makhluk bernama ‘lelaki’.
Kerana kelembutan itu jugalah yang dah buat banyak wanita patah hati, kecewa, dan frust nonggeng. Pasai pa nak nonggeng? Dengan kelembutan hati itu, wanita mudah cair dengan kata-kata manis para lelaki yang majoritinya berniat untuk mempermainkan.  Aku akui, bukan salah sebelah pihak saja bila berlaku perkara yang mengaibkan. Salah kedua belah pihak samada yang wanita atau yang lelaki. Yelah, orang kata jangan berduaan, nak jugak berduaan. Duduk tempat crowded tak suka, ramai mata tengok. Kalau boleh sarang ular jugak yang dipilih.  Asal jauh dari pandangan orang kononnya. Pandangan Allah tak fikir?

Allah dah bagi warning dalam Al-Quran;

Firman Allah :-
 
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. "

(Surah Al-Israa' :32)

JAUHI!! Allah dah suruh jangan dekatkan diri dengan zina. Tak caya jugak dengan warning Allah? Tepuk dada tanya iman. Allah suruh ada sebab musababnya, bukan suka-suka. Sebelum apa-apa perkara buruk berlaku better kita jauhkan diri. Ibarat pepatah lain, kalau taknak lemas dalam sungai, jangan bermain ditepi sungai. Lebih kurang gitulah. Pepatah lain yang aku dapat dari buku KBBK, kalau taknak kena baham dengan bapak harimau, jangan main hide and seek dalam hutan rimba.

Hidup single tak happy? Sape cakap? Yang rasa tak happy tu, boleh cuba tips kat bawah yang aku dapat dari anak uncle Gugel, Gegerl kalau tak silap.

  • Selalu dekatkan diri dengan Allah. How? Dengan banyak baca Al-Quran. Nak-nak baca tafsir. Macam baca novel, tapi lebih best. Kat situ banyak benda yang kita tak tau, boleh kita fahamkan.
  • Selalu spend time atau borak-borak dengan family. Bukan senang nak spend time dengan family. Lebih-lebih lagi bila masing-masing dah bekerja.
  • Keluar dengan kawan-kawan. Boleh release tension sikit bila dah jumpa kengkawan nih. Gegurl-gegurl ni kalau dah jumpa kengkawan dia, lain jadinya. Nak-nak jumpa BF Forever. Habis satu buku cerita mpa berbual.
  • Kalau yang rasa banyak sangat duit dan tak tau dah nak buat apa, SEDEKAH. Makin banyak kita memberi, makin banyak Allah bagi kita. Dari situ, insya Allah hati kita akan selalu rasa cukup. 
  • Selalu fikir apa lagi yang kita belum buat untuk keluarga kita. List kat kertas, cuba jadikan reality impian² kita yang belum dicapai untuk keluarga. 

edit la kononnya..




Sebenarnya dalam masa single ni lah kita ada masa untuk memperbaiki kekurangan diri, cukupkan yang kurang, mantapkan yang belum mantap macam ilmu, belajar ilmu sebelum menjalani rumahtangga dan banyak lagi. Time ni jugak lah kita boleh buat apa yang kita suka. Dah kawin nanti, masa pun dah terhad. Bukan tak boleh nak nuntut ilmu dah lepas kawin, boleehh sangat. Lagipun ilmu tu kan kena tuntut selagi engkau hidup. Ayat aku macam orang terer pandai je padahal ex-student Sarip Dol.