7 Apr 2011

Ya Allah, Takutnya Aq !!

Assalamualaikum..


Tak tahulah kenapa semenjak dua menjak ni aq selalu terbaca berita pasal kematian budak-budak. Yang sedihnya, setiap hari mesti ada budak meninggal. Ya Allah, takutnya aq. Antara berita yang aq baca pasal budak meninggal ni kan :

1) Kanak-kanak lelaki 7 thn meninggal sebab dibelasah oleh cikgu sendiri akibat dituduh mencuri duit kawannya.Untuk makluman korang, arwah pon sebenarnya dah kematian ibu taw..

2) Kanak-kanak lelaki 5 thn rentung dalam kebakaran rumahnya.Semenjak budak ni meninggal, adik dia yang berumur 3 tahun selalu bertanya kat ayahnya.."Ayah, abang dah takde ke?"...Pewh,sedihnya..

3) Kanak-kanak lelaki 5 tahun meninggal dalam kemalangan dengan ibunya sampai otak berkecai. Kononnya anak beranak ni eksiden sebab nak elak lopak kat jalan tapi bergesel ngan lori pulak.

4) Kanak-kanak lelaki 7 tahun lemas sebab mandi kat parit. Yang sedihnya, dia sempat cakap macam ni sebelum meninggal...“Ayah malam esok rumah kita kenduri pulak.”.. Tak taunya kenduri arwah untuk dia.Kesiannya...


Pewh, berair mata aq bila aq baca berita-berita ni kat paper.Umur semua kanak-kanak yang belum kenal mana yang baik & mana yang buruk kot. Dulu kes bayi.Itupon sebab kena buang dengan orang yang TAK berperikemanusiaan!! Hampir setiap hari aq baca paper mesti ada budak meninggal. Tapi nak buat macam mana kan, dah ajal diorang. Mungkin Allah lebih sayangkan diorang sebab tu diorang kena amek dulu daripada kita. Bila aq pikir-pikir balik, aq takut sangat..ajal kita tak kira bila masa kan..Apa pon, kita hanya mampu sedekahkan arwah adik-adik kita ni doa je...

Al-Fatihah ~~

6 comments:

sengat said...

al fatihah...

Rafi Nilhan said...

al- fatihah.. Allah sayang sangat kat budak2 tu.. ada hikmah :)

Afiqah said...

uwaaaa....sedihnyaaa...

Al-Fatihah buat mereka...

Cik Su Life Cycle said...

cian budak-budak zaman sekarang kan

Wands©Hagadol said...
This comment has been removed by the author.
Wands©Hagadol said...

Al-Fatihah. Semoga Allah Merahmati keatas roh mereka.Amin
Kpd ibubp yg kehilangan anak2 yg belum baligh, jgn bersedih, krn anak2 inilh yg akn menymbut kamu ke syurga.Wallahua'alam.