22 May 2011

Cinta Sejati Sang Suami Bangunkan Sang Isteri yang Koma 30 Tahun

Assalamualaikum..

Syurga di telapak kaki Ibu. Ya,, aq memang tak nafikan kenyataan itu. Tapi, selepas berkahwin, syurga isteri berada di bawah telapak kaki suami. So, berjaga-jagalah wahai isteri sekalian termasuk aq ye..Kali ni aq bukan nak bercerita pasal isteri derhaka kat mak atau suami die. Tapi, aq nak cerita pasal seorang suami yang setia dan mencintai isterinya dengan ikhlas dan sungguh-sungguh.

Seorang isteri sedar semula setelah koma selama 30 tahun akibat kemalangan. Selama itu juga, tidak lain tidak bukan, sang suami jugalah yang telah bertungkus lumus menjaga dan merawat sang isteri tanpa merasa penat lelah mahupun letih. Chen Dulin, telah mendapatkan gelaran sebagai "Suami Teladan" di kota tempat tinggalnya, Hubei, Beijing kerana perbuatan murninya terhadap sang isteri.

Bagaimana sang isteri boleh hidup semula setelah 30 Tahun?

Persoalan itu mula membelenggu disetiap fikiran manusia. Menurut doktor pula, cinta sejati Chen Dulin terhadap isterinya lah yang membuatkan isterinya boleh hidup semula selepas 30 tahun berada dalam koma.


Bagaimana Chen Dulin merawat isterinya?

Setelah isteri Chen Dulin mendapatkan pembedahan sebanyak 2 kali, Chen Dulin telah membawa isterinya pulang kerumah. Mula dari saat itulah, Chen tidak habis-habisnya menjaga dan memberi makan kepada isterinya. Chen hanya menggunakan penyembur dan saluran paip plastik untuk memasukkan susu, kuih dari telur dan makanan-makanan yang cair lainnya kedalam mulut isterinya. Sedikit rasa bosan tidak pernah dirasai oleh Chen semenjak menjaga dan merawat isterinya.

Sabtu, 8 November, Beijing - Seorang perempuan dikatakan telah sedar setelah 30 tahun mengalami koma. (Akhbar tempatan Beijing)

Selepas sedar dari koma, Doktor pon memeriksa semula isteri Chen Dulin dan mereka mendapati kesihatan isteri Chen Dulin telah normal dan tidak bermasalah. Waah, betul-betul cinta sejati. How sweet~Aq rasa, susah nak dapat suami macam ni pada zaman sekarang. Bini sakit sikit je, dah mengeluh panjang sebab takde orang nak buat itu, nak buat ini. Sabo jelah ~

No comments: