25 May 2011

Memori Aku Masa Sekolah part 1

Assalamualaikum

Embun petang selepas hujan mengiringi seutas senyuman di bibirku sewaktu melihat gambar-gambar semasa berada dibangku sekolah dulu. Fikiranku yang terasa ringan dan tenang tiba-tiba menjadi bercelaru disebabkan pencemaran bunyi siulan burung-burung yang tak tau nak balik sarang.

"Woi, bising betullah !! Dah senja baru nak balik sarang. Anak dara tak baik balik senja-senja camni" Jeritku sambil memandang kawanan burung yang lari bertempiaran di awan biru.

"Bajet tau je kita-kita ni anak dara. Mak aq tak bising, die pulak yang sebok.." balas sekor burung betina dari kawanan burung tadi.

"Kurang hajar, takde adab punye burung. Dahlah suka curik hanger baju kat porch rumah aq !!" bentakku dalam hati.

Back to the topic k..

Adakalanya aq tertawa seorang diri teringat sejarah dan kisah silam masa sekolah dulu. Samada suka mahupun duka. "Hmm..rindu zaman sekolah dulu" bisik naluri hatiku sambil menyelak muka album lama.

Tiba-tiba, teringat aq akan kisah semasa aq menjadi pengawas yang tak bertauliah sewaktu berada di tingkatan 3 dulu. Kalau tak silap, pada waktu itu sekolah ada mengadakan satu function. Function ape jangan tanye lah sebab aq dah tak hingat..Yang penting, aq ade buat kerja baik dengan member aq yang juga seorang pengawas.

Nak dipendekkan cerita, kat belakang sekolah aq tu ade pintu pagar kecik. Pintu pagar tu dah memang tak dibuka lagi. Tapi, ramai budak suka cabut sekolah ikut pintu tu. Bila time rehat, mesti ade pengawas yang jaga tempat tu. Haa..kat sini lah tempat aq dengan kawan aq buat kerja baik. Disebabkan aq ni dah bosan dengan function yang tengah berjalan kat sekolah hari tu, aq pon rasa nak balik rumah cepat-cepat. Dulu, takdenye aq nak balik sekolah naik bas. Rumah pun bukanlah jauh sangat. 20 minit untuk pejalan kaki macam aq ni untuk sampai rumah.

6 perkataan aq bisikkan di telinga kawanku. Dan dia pun mengaggukkan kepala tanda setuju. Beg sekolah pon dicapai dengan lincah. Mataku melihat kekiri dan kekanan untuk berjaga-jaga kalau-kalau ada orang melihat pergerakanku dengan 3 rakanku. Akhirnya, setelah penat lelah 5 minit, sampailah kami di destinasi iaitu "Pintu Pagar Belakang Sekolah". Tanpa berfikir bahawa aq dan rakan seperjuanganku sedang mengenakan pakaian PENGAWAS sekolah, kami pon memanjat pintu pagar belakang tadi sebagai jalan SHORTCUT untuk pulang kerumah. Mulutku tidak henti-hentinya mengucapkan kata syukur kerana lepas dan berjaya melarikan diri tanpa pengetahuan orang lain. "Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar"..hehehe(ketawa setan)

Ni contoh je. Pagar sekolah aq lagi tinggi taw. Siap ade bukit lagi kaw..





Aku yg kotak pink
Member aq yang join aq, dalam bulatan merah tu, yang sorang lagi kelas lain


Keesokan harinya, aq dikejutkan dengan berita bahawa ada budak lelaki kelas aq mengetahui pekerjaan aq dan rakan-rakan semalam. "OMG !! Mana nak rendam muka ni??". Tapi, aq bangga kerana budak lelaki tadi berjaya menyimpan rahasia tanpa pengetahuan cikgu-cikgu..Tankiu bro..

Degil-degil pon aq dapat sijil jadi tokoh pelajar taw. Aq pon tak tau cikgu nilai perangai aq dari sudut mana. Yang penting, aq happy dan betul-betul tak sangka. Lagi-lagi kata syukur aq panjatkan walaupun diriku dalam seribu satu pertanyaan.


Ni hah sijil aq tu.
Yang arrow kuning tu, korang tengok gambar kat bawah ni je..



Ehem..ehem...


P/S : Aq bukan nak bangga atau berlagak sebab dapat sijil tu. Eleh, orang lain dapat sijil lebih daripada ni pon tak bising..hehehe..Cume, aq bangga dengan pencapaian aq masa sekolah dulu. Nak jujur, aq ni sebenarnya bukan dari golongan cerdik pandai. Dalam kelas, aq selalu dapat top 5 daripada belakang. Ooppss, terkantoi sudeh..

2 comments:

shafiqabdshukor said...

wah... tahniah dpt tokoh pelajar...
hehehehehe

FaRiA EyToNeZ said...

@shafiqabdshukor: thx bro..nijelah sjil yg aq plg bnggekan..harharhar