2 Jul 2011

Ya Allah,Hidung Adik Aq Termasuk Peluru

Assalamualaikum


Minggu lepas aq seminggu dok kat Singapore. Aq balik petang khamis kelmarin. Sampai je rumah, mak aq cakap adik aq(4thn) punya hidung termasuk peluru pistol mainan yang kaler kuning. Aq pon tengoklah hidung adik aq tu. Memang nampak peluru tu. Macam-macam usaha mak aq buat nak keluarkan peluru tu tapi tak boleh. Last-last, aq bawak adik aq tu pergi Klinik.

Sampai klinik pulak, doktor pon tak dapat keluarkan peluru jugak dan akhirnya adik aq kena pergi Hospital bahagian Kecemasan. Pewh, family aq makin kusut sebab kalau tak dapat keluarkan hari ni takut hidung adik aq tu bernanah. Tak macam seram pulak aq..

Lepastu aq bawak adik aq tu pergi Hospital ngan bapak aq sebab mak aq ni jenis lemah sikit pergi Hospital. Bila sampai hospital, doktor cakap tak nampak peluru dalam hidung adik aq tadi. Aq dengan bapak aq dah makin risau. Lepastu doktor suruh buat X-ray pulak. Dah siap buat X-ray, kitorang pon tunggu lagi untuk checkup second time. Pukul 7 aq dengan bapak aq tunggu, pukul 10 baru doktor panggil lagi. Memang agak menguji kesabaran betol.

Sementara menunggu giliran sampai pukul 10 tu, aq duduk kat luar macam orang giler disebabkan tangisan budak-budak. Memang ramai budak daripada orang tua. Macam-macam penyakit aq tengok kat budak-budak tu. Kesian pon ade, bingit pon ade sebab daripada pukul 7 sampai pukul 10, tempat duduk tu tak pernah senyap langsung. Depan, belakang, kanan, kiri aq budak menangis. Fooh, sabo jelah.



Ni adik aq yang hidung tersumbat peluru


Ramai jugak patient kat Hospital tu.


Masa doktor panggil for the second time, diorang pon check lagi hidung adik aq tu. Lastly, doktor cakap tak nampak apa-apa dalam hidung adik aq tu. Tengok X-Ray pon tak nampak ade peluru. Maybe dah terkeluar kot. Mintak-mintak lah peluru tu dah keluar. Alhamdulillah, lega sikit aq ngan family aq. Papepon, ni pengajaran untuk family aq.

p/s : Kepada sape-sape yang rumah die ade pistol mainan yang berpeluru, sentiasalah berjaga-jaga dan selalu tengok anak-anak anda (kalau ade anak kecik).

1 comment:

Wands©Hagadol said...

vah!! bhye seyh, tp ko jgn risau ton, peluru tuh dah hilang, sme ade tekeluar or tertelan,wateva semoga adik ko xde apa2, insha-Allah!!