5 Aug 2011

Kita Kena Pikir Kat Orang Lain Jugak, Jangan Pikir Diri Sendiri Je

Assalamualaikum..


Alhamdulillah,dengan izinnya aku dapat berpuasa sampai ke hari ni. Dalam bulan puasa macam ni, ramai orang pergi bazar carik juadah untuk buka puasa. Bila nampak yang sedap je mesti nak beli. Tapi bila dah buka puasa, banyak jugak yang terbuang. Bila online facebook, bukan main ramai jugak yang post makanan-makanan buka puasa diorang. Bila post siap cakap, "yummy!!" bagitau kat semua orang kalau makanan dia tu sedap sangat. Kadang minta pendapat orang nak makan ape untuk buka. Ape lah...



Ni contoh je..
Bukan uncle ni yang menunjuk..
kesian uncle jadi mangse aku...hihi


Kadang aku pikir, benda ni tak sepatutnya ditayang. Kalau ada rezeki lebih, bersyukur jelah. Lagi bagus kalau dikongsi. Apa perasaan diorang kalau ade orang yang kurang sempurna atau serba kekurangan untuk berbuka puasa nampak makanan yang ditunjuk-tunjuk? Tak berdosa ke kita yang menunjuk kat diorang. Aku cakap bukan nak tunjuk baik. Tapi cuma pandangan.

Bila aku baca surat khabar, sebak aku rasa bila tengok keadaan saudara kita kat Somalia. Diorang bukan hanya berpuasa pada bulan ramadhan je, malahan hari-hari sebab kekurangan makanan. Terkadang nak buka pon sampai takde makanan langsung. Anak-anak diorang yang sememangnya belum diwajibkan berpuasa, dah terpaksa puasa sebab keadaan dhaif. Sampai kerajaan diorang tak bagi diorang berpuasa selain bulan ramadhan sebab kesihatan diorang tak mengizinkan. Bila tengok badan diorang, dah macam mayat hidup pun ada. Kalau kita kat sini baru lapar sikit dah macam nak pengsan. Macam mana pulak dengan diorang yang terpaksa ikat perut setiap hari?

Aku nak tolong pon aku bukan orang yang senang. Cuma dapat mendoakan jelah semoga keadaan diorang menjadi lebih baik dari sekarang. Bukan kat Somalia je, negara lain pun sama. Lagi-lagi saudara sesama Islam. Kesian diorang, kadang diorang sampai jadi santapan haiwan macam helang.

So ape pon kalau ada yang terasa jangan marah aku taw. Aku tak berdosa..hehe..Aku just nak bagitau ape yang aku rasa.











p/s : Jom sama-sama kita doakan semoga krisis saudara kita dapat diselesaikan dengan cepat.

6 comments:

Najah SHakiLa said...

mereka kekurangan makanan..kita dilimpahi makanan
p/s:sentiasa bersyukur..dan jangan membazir,merungut tentang makanan..ramai lg hamba-Nya yg kekurangan makanan diluar sane..bukan kite shj yg lapar..:)

FaRiA EyToNeZ said...

@Najah SHakiLa : btol yunk..kbanyakan kte xtaw nk bsyukur dgn ape yg ade..

Cik Mon Kiera said...

puase adalah cara untuk uji kita tahan nafsu yang sentiasa membuak buak selama ni. tuhan nak uji yg kita selama ni lalai dgn duniaNya. jadik bulan ramadhan lah yg banyak mengajar kita erti sebenar.

my entry:
http://sayebuatblogini.blogspot.com/2011/08/nampaknya-semua-datang.html

FaRiA EyToNeZ said...

@Cik Mon Kierasetuju...

Abang Suara said...

here takde shoutbox eh

FaRiA EyToNeZ said...

@Abang Suara ade..kat sebelah knan yg gambr katun tu..