30 Aug 2012

Puisi Untuk Saudaraku

Assalamualaikum.

Testing 1..2..3..Aku nak kecoh kat sini yang aku nak kongsi puisi kedua aku. Yang pertama aku dah post kat fesbuk. Puisi tu pasal AYAH.. *ade kitorang kesah?* Ermm,, aku memang bukan dari kalangan pelajar yang expert dalam bidang sastera. Tapi entah kenapa tiba-tiba idea muncul *cling* nak buat puisi ni. Kalau Datuk Dr A. Samad Said baca puisi aku, ada jugak dia cakap aku perosak bahasa bangsa.#Maafkan saya datuk.

Sedang aku diam merenungi nasib, tiba-tiba aku teringat saudara-saudara kat negara yang tengah bergolak. Akhirnya, terciptalah puisi yang tidak seberapa namun ikhlas dari dalam hati.

(Bismillahirrahmanirrahim..)

Wahai saudaraku,
Ketika mimpi mengulit tidurku yang lena,
Tanganmu erat menggenggam senjata.
Ketika aku diselimuti godaan dunia,
Wajahmu berselendangkan airmata derita.





Ketika aku bermandikan kasih sayang keluarga,
Jeritan tangisanmu melepaskan orang tercinta.
Ketika aku tak henti mengucap Alhamdulillah,
Bibirmu tak lekang mengucap Innalillah.

Syria, killing, Assad, women, children




Ketika aku leka dengan nikmat yang diberi,
Kau tak berputus asa mencari rezeki Ilahi.
Kekuranganku kujadikan kelemahan,
Kekuranganmu kau jadikan kekuatan.






*Tepuk dada tanya diri sendiri, pernah tak aku bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi ?*

Jangan merasa hina dan merasa paling derita kerana selain kita, masih banyak saudara kita lebih derita daripada kita. Semoga Allah memberikan rahmat dan kebahagiaan untuk mereka di akhirat nanti.Ameen~

Wassalam

5 comments:

jayjayz Mint said...

Nice.. Terharu baca.. + tgk gmbr...

Nur Iffany said...

jemput singgah ke shoppylegacy.blogspot.com :)

Jupri Zulprianto said...

Puisinya bagus Tun. Ide kontrastifnya lembut, tetapi tajam dan sekaligus mengimplikasikan kelembuatan penulisnya. Hehehe. Puisi ini menawarkan kelembutan.

FaRiA EyToNeZ said...

@jayjayz Mint Menangis jugak la mase search gmbr2 ni..

FaRiA EyToNeZ said...

@Jupri Zulprianto bang zul, aku cuma coba2..tiba2 dpt ide karang puisi..bang zul lebih mahir kalo bidang penulisan..hehehe