12 Nov 2012

Kursus Pra Perkahwinan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, saya dah selesai mengikuti kursus Pra-Perkahwinan selama 2 hari. Sebenarnya, bukan niat kerana dah nak nikah pun. Alhamdulillah ada rezeki lebih dan ada kawan ajak. Tapi jodoh tu kan rahasia Allah, mane tau besok lusa ada orang masuk minang dan saya pun berkenan..hehe *blushing* so dah tak perlu nak amek kursus lagi. Lagi pun, sijil ni sah "Sumo Idop"..

Kursus pra perkahwinan ni memang tersangatlah bagus. Bagi saya yang memang belum pasang niat nak kawin pun saya amat galakkan kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga. Banyak ilmu yang boleh kita dapat. InsyaAllah bermanfaat dalam menjalani rumah tangga nanti. ^-*
Cuma bab masak atau resepi² masakan takdelah pulak dia mention time kursus tu. Dah ni memang bukan kursus masakan.

Dalam kursus tu kami diberitahu kalau harga mas kawen bagi negeri Johor akan dinaikkan bermula tahun hadapan. Kalau sebelum ni harga mas kawen adalah RM22.50, tahun depan akan dinaikkan menjadi RM 250.00 tunaaaaiii...Sah?  Kepada bakal suami tu, janganlah tokojut sampai sangat dengar harga mas kawen naik. Kalau niat LillahiTaala, InsyaAllah semua urusan dipermudahkan. Jangan cancel pulak kalau sape²  dah pasang niat nak nikah tahun depan. Kesiaann kat pasangannya pulak nanti. Harapan dah tinggi menggunung nak kawen dah, last² cancel sebab mahar naik harga. Jangan salahkan bapak dia kalau tiba-tiba dia bawak keris datang rumah kau.



Rabbi Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khoir - 
maksudnya "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan 
Kalau ada apa² urusan, bacalah ayat ni dan serahkan semua kat Allah sebab DIA lah satu²nye tempat kita berharap.Insya Allah  =)





No comments: