15 Nov 2012

Bagaimana Seharusnya Wanita Memilih Pendamping Hidup

Assalamualaikum..

Lelaki yang baik akhlaknya adalah lelaki yang menghormati dan memuliakan wanita. Dia tidak mahu menjerumuskan wanita pada sesuatu yang dilarang agama. Dia akan berbicara dengan wanita dengan menundukkan hatinya kepada wanita dan sangat menghargai wanita.

Lelaki ini juga akan datang kepada orangtua wanita dan meminta daripada mereka untuk mengambil hak mereka. Dia akan meminang dan menikahi wanita dengan tanggungjawab, menjaga wanita tersebut dengan penuh kasih sayang, berjanji membangunkan mahligai rumahtangga yang baik dan akan menjadi suami yang selalu berada disisi isterinya. 

Saya yakin, semua wanita inginkan membangun rumahtangga yang sakinah, mawaddah dan warahmah. Mempunyai suami yang selalu memberikan perhatian dan kasih sayangnya kepada isterinya, dan isteri pula membaktikan diri kepada suaminya. Menjadi isteri yang solehah, menjadi ibu yang baik bagi anak-anak nantinya.

Lelaki yang baik pastinya menginginkan wanita yang baik juga. Bukan wanita yang suka berbuat kemaksiatan dan perkara yang memalukan. Seorang lelaki akan mencari pasangan hidupnya yang pandai menjaga diri dan maruahnya.

Tetapi, sukar untuk mendapatkan pasangan yang bercirikan diatas sekiranya kita sendiri tidak memperbaiki diri daripada sekarang. Oleh itu, jadilah kita wanita yang baik, insyaAllah kita akan mendapatkan pasangan yang baik juga..


1 comment:

ketikketok said...

".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000