14 Nov 2012

Hijrah

Assalamualaikum..


Kita sudah pun melangkah ke tahun yang baru iaitu 1434H. Alhamdulillah~
Rasa cepat sangat dah bertukar tahun. Memang tak dinafikan dalam tahun 1433H saya dah melalui banyak pengalaman manis dan pahit. Salah satu daripada pengalaman saya, saya berhijrah daripada tidak berhijab--> berhijab. InsyaAllah, saya akan berusaha menutup aurat dengan sempurna.

HIJRAH
Hijrah ni bermaksud perpindahan samada berhijrah dari suatu tempat ke tempat yang lain.. Berhijrah lebih mencintai Allah daripada mencintai makhluk Allah, Berhijrah daripada melakukan perkara mungkar kepada meninggalkan perkara mungkar, Berhijrah daripada takut dengan hukum manusia kepada lebih takut dengan hukum Allah. *Lebih kurang gitu lah* 

Petang tadi saya dengan keluarga berkumpul untuk baca doa akhir tahun. Semoga pada tahun ni kita selalu dilindungi Allah daripada melakukan banyak dosa lagi dan semoga amal ibadah kita pada tahun yang lepas diterima Allah SWT. Maklum bila hati kata taknak buat lagi, besok lusa tanpa kita sedar kita akan kembali buat benda yang sama jugak..Aisehmen

Kalaulah dosa tu kita nampak, memang takkannye kita buat dosa free² gitu kan..Inikan tengok orang melecur kena api kita dah cakap "Ya Allah..sakitnya!!" Macam mana pulak kat akhirat nanti..Nauzubillah..Tapi ni semua dah ada dalam perancangan Allah untuk umatnye. DIA nak tengok sejauh mana umatnya boleh bawa hidup ni dan sejauh mana dia taat dan patuh kepada perintahNya..

Apapun, saya berharap sangat semoga tahun ni lebih banyak manfaat yang Allah bagi untuk saya. Pekerjaan yang lebih baik ke, pergi Haji ke, Orang datang merisik ke *hamboii gatai beno*, hihi..Yang penting, saya minta kesihatan yang sejahtera untuk kami. Yelah, kalau sihat, hati pun ada senang..Kalau sakit, itu ujiaaann..


Pinjam gambar daripada Incik Rusydi


Salam Ma'al Hijrah 1434..




No comments: