16 Nov 2012

Selamatkan Mereka Ya Allah

Assalamualaikum..


Allah!! Allah!! Ya Allah!!
Sayu, sedih, pedih..hanya itu yang mampu aku katakan dan rasakan bila hanya mampu melihat dan memerhatikan penderitaan saudara²ku yang tertindas di Palestin, Syria, Rohingya dll..
Ya Allah, aku hanya mampu melihat, mereka yang merasakan penderitaan, kesakitan, keperitan tapi aku tak mampu mendengar rintihan, tangisan dan jeritan mereka..Ya Allah!!!

Hentikanlah semua ini..Kasihanilah mereka ya Allah..
Mereka hanya orang² yang inginkan hidup aman, tenteram seperti kita. Mereka ingin merasakan bagaimana hidup dalam kemerdekaan..Tanpa peperangan, tanpa penindasan dan tanpa kekerasan...Oh Allah..
Hanya KAU sebaik² perancang dan hanya KAU yang tahu kesudahan dari cerita ini..

Adik² kecilku juga ingin bermain seperti kanak² kecil lainnya..
Seperti kanak² yang dapat berlari dengan senyuman dan kegembiraan dihatinya..
Bukan bermain dengan batu² kerikil !!
Bukan bermain dengan senapang !!
Bukan bermain dalam ketakutan !!
Bukan juga bermain sambil mendengar jeritan dan tangisan !!



Pandanglah mata mereka ya Allah...



Bukan ini yang mereka impikan


Begitu juga dengan saudaraku lainnya..
Ya Allah,,,Kuatkan mereka!! 
Kuatkan hati dan jiwa mereka dalam menghancurkan musuh² Islam..
Kuatkan mereka dalam menegakkan kebenaran agamaMu..
Syahidkanlah saudara²ku yang berkorban demi agamaMu..
Tempatkanlah mereka disyurgaMu ya Allah..
Sesungguhnya, aku tak sanggup melihat airmata dan darah mereka ya Allah..













Mereka boleh bangga kerana dapat membunuh ramai Mujahid, 
tapi bagi mujahid, itu adalah syurga..
Allah telah berjanji, Syurgalah tempat bagi para Syuhada'






















Tapi aku bangga dengan mereka..
Mereka adalah pejuang agama yang hebat dan tak pernah gentar dengan musuh..
Mereka berjuang demi agama dan negara tercinta mereka..
Tapi apa yang saudara lain mereka lakukan?
Hanya mampu melihat dan berpeluk tubuh..


Ya Allah, hanya Engkau yang mampu dan hanya Engkau Maha Mengetahui..
Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!



1 comment:

Fariz Reza said...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 264 .

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

From: Fariz Reza [Dot] Com