30 Mar 2013

Kerinduan Sepohon Kurma terhadap Rasulullah SAW

Assalamualaikum  =)

Bila baca atau dengar kisah-kisah hidup ketika zaman Rasulullah SAW dulu, hati sebak semacam. Tak dapat bayangkan betapa kuat dan hebatnya para sahabat ketika di zaman Rasulullah SAW. Pernah bayangkan seandainya aku hidup masa zaman Rasulullah SAW dulu, adakah aku antara orang yang sombong dan menolak ajaran baginda ataupun adakah aku antara orang yang menerima dan sama-sama memperjuangkan Islam dengan baginda Rasulullah SAW?

Ya, pertanyaan semacam tu memang pernah bermain dalam fikiran aku. Tapi aku pun bersyukur, sebab diciptakan menjadi umat nabi Muhammad SAW. Pernah aku tengok ceramah daripada Al Habib Ali AL-Jufri, sanad dari keluarga Rasulullah SAW sendiri. Tengok wajah Al Habib je hati dah tenang apalagi tengok wajah Rasulullah SAW. Dalam salah satu ceramah Al Habib Ali AL Jufri, beliau ada menceritakan tentang sepohon kurma yang begitu merindukan Rasulullah SAW hingga pohon kurma itu tadi menangis seperti bayi yang kehilangan ibunya. 

Padahal, waktu itu Rasulullah belum wafat dan masih berada hanya jarak 8 langkah je dengan pohon kurma tadi. Ya Allah, benda yang tak bernyawa amat merindui Rasulullah SAW dan tak ingin berpisah dengan baginda meskipun hanya dengan jarak 8 langkah. Kalau kita fikir balik, macam tak logik akal. Tapi, itulah hakikat yang sebenarnya berlaku. Kuasa Allah, takde yang mustahil bagiNya. 

Ini zaman sekarang, kalau dah minat kat seseorang artis tu, sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Tak kira lah mamat korea ke hape. Yang peliknya lagi, mamat korea speaking bahasa melayu dalam mimpi tu. Bukan nak cakap apa lah kan, aku pun pernah mengalami..Uhuk..uhuk..

"Al-mar'u Ma'a man Ahabba" (seseorang itu akan bersama siapa yang ia cintai
Maksud hadis tersebut menurut ulamak, seorang Muslim akan dibangkitkan nanti di hari kiamat dan dikumpulkan bersama orang-orang yang ia cintai.

Maksud hadis kat atas ni memang makan dalam. Kita akan dibangkitkan dengan orang² yang kita cinta. Kalau cinta kepada Rasulullah SAW, beruntunglah ia. Kalau cinta kepada mamat² K-POP Kpoh? Cuba pikir balik. Dorang ni kafir.Kedepannya wallahua'lam lah. Ne tau Allah bagi hidayah kat mamat² K-Pop nih lepastu dorang taubat and jadi lelaki Soleh? Alhamdulillah lah.


Nabi saw menjelaskan: "Man Ahya Sunnati faqod Ahabbani" (siapa yang menghidupkan sunnahku, maka ia telah mencintaiku) ini tafsiran yang ringkas tentang apa itu cinta,  iaitu mengerjakan sunahnya baginda. Cinta Nabi, kita kena ikut sunnah baginda. Walaupun sunnah yang mudah, Allah janjikan pahala untuknya. Antaranya ;
  • Sunnah ketika minum
  • Makan guna tangan kanan
  • Kunyah makanan ikut cara Rasulullah SAW
  • Minum guna tangan kanan
  • Cara Rasulullah SAW potong kuku
  • Doa² sebelum buat sesuatu 

Kat situ je dah berapa pahala kita dapat. Banyak lagi sunnah² baginda. Nak-nak kalau sehari makan 5 kali. InsyaAllah dengan izinNya jugak lah. Yang penting, niat kita  =)
Tentang video yang sepohon kurma merindukan Rasulullah tu, boleh tengok kat bawah ni.
Cekidot..







1 comment:

Anonymous said...

Hеllo, its pleasant pіece οf ωriting гegarding mediа pгіnt, we
аll underѕtand media iѕ a еnormouѕ sourсe of faсtѕ.


my webрage; Http://Cychagrace.Com/