21 Mar 2013

Nak Jugak Bercinta Selepas Nikah

Assalamualaikum  =)

Sangat ingin ada kisah macam mak ayah aku. Bukan apa, macam seronok gitu. Macam surprise dari DIA pun ada. Yelah, mak dengan ayah bukannya bercinta pun dulu tau² mereka dinikahkan..Wallao sweet..

Mulanya mak cakap yang ayah dulu selalu ada macam² cara nak curi perhatian mak. Tapi mak jual mahal..Bila mak cerita balik kisah mereka berdua dulu, tergelak kita..hehe  =)
Hmm, bukan semua yang mak cerita kisah bahagia mereka, ada juga asam garamnya. Hidup, kalau takde ujian bukan kehidupan namanya..Kalau takde ujian tandanya Allah tak sayang..

Alhamdulillah, sampai ada kami berenam mak ayah aku bahagia sampai sekarang. Meskipun bukan hidup dalam keadaan yang sempurna, tapi cukup Alhamdulillah.. Aku dok sebok kagum dengan orang yang bercinta lepas nikah tanpa aku sedar rupanya mak ayah pun macam tu. Kengkadang, perspektif orang berbeza. Ada yang cakap, susah nak tau hati budi masing² kalau tak bercinta dulu. Maaf, bukan nak tunjuk hebat. Tak percaya ke kita dengan perancangan Allah? Banyak kisah orang yag bercinta lepas nikah diorang hidup sama je macam orang yang bercinta sebelum nikah. Malah ada yang nampaknya lebih bahagia. Kedua sepupu aku bercinta selepas nikah. Alhamdulillah dari pandangan mata aku diorang hidup happy macam pasangan lain. Wallahua'lam..


Yang sedihnya sekarang, budak yang baru 13 tahun pun dah tau bab-bab Cintan. Astaghfirullah.. Kadang kesian tengok adik² perempuan yang begitu senangnya digunakan dengan lelaki² yang  bernafsu serakah. Senangnya dapat dipegang, disentuh, dibelai. Tanpa segan silu diorang gunakan kata² manja dekat khalayak umum seolah-olah merekalah pasangan paling happy atas bumi Allah ni. Walhal kita tak tau perbuatan kita itu tadi paling dibenci Allah. Naudzubillahimindzalik..

Boypren atau gepren tu adalah 'benda' tak penting bagi aku. Bukan tak boleh bahagia pun tak bercinta ni..Family ada, kawan ada, jiran ada, kucing ada..Yang paling penting, Allah ada. Allah dah tulis dah nama jodoh setiap hambanya. Tak jodoh kat dunia, insya-Allah jodoh kat akhirat. Yelah, sape yang taknak kawin kan. Tengok orang update status bahagianya rumahtangga diorang, cair je hati nak kawin. And banyak yang dah terbukti, orang yang bercinta sehangat-hangat mi maggi cintan tu tak kemana jugak. Last² masing² ke laut. You & I, OVER!!


Allah dah tulis kisah kita dalam diary kita masing². Nak kisah yang indah, berdoalah. Berdoalah semoga diary kehidupan kita selalu diiringi kebahagiaan dan keredhaan Allah. Kalau bercinta sebelum kawin nih, Allah suka ke? Tapi ingat, Allah tu Maha Pengampun and Maha Penyayang. Aku pun bukan baik sangat. Kadang² syaitoonn berkuasa atas diri aku ni. Tapi Allah lebih berkuasa..Dulu pun pernah teringin nak merasa ada boypreng. Tapi Alhamdulillah masih dikuatkan lagi. Insya Allah mampu bersabar, sebelum orang yang special Allah kirimkan datang untuk aku..cewaahh..Birah mai dah.

Alhamdulillah, ramai kawan² aku yang jodohnya awal. Yang dah ada anak pun ramai. Insya-Allah, mereka kekal hingga jannah dengan husband masing²..Dan yang dah pasang niat nak kawin, copat² lah kawin. Aku nak makan nasi minyak lagi. Dan aku,,, aku masih ingin hidup berbahagia dengan keluarga aku dulu.. Insya Allah


No comments: