10 Jun 2013

Lovely Lonely Time


Assalamualaikum  =D

Manusia ni ada banyak ragam dan aksinya. Ada yang nak hilangkan tension atau nak rilex kan dia punya mind, diorang suka jalan-jalan, makan-makan, shoping², slaping², woching², toking²..macam –macam lah! Tapi kalau dah toking² tu yang bahaya, semua benda nak di 'talk'nye.


Tapi ada jugak yang lebih suka membawa diri yang lara. Mungkin aku type yang macam ni. Bukan nak menjauhkan diri atau nak hilangkan diri. Aku mana ada kuasa macam si David Rice ‘Jumper’ nak hilang tetiba then muncul tetiba jugok. 

Aku pernah berfikir, orang yang suka menyendiri ni lebih kurang macam katak bawah katil. Apa barang suka duduk sorang-sorang.  Yup, aku pernah berfikiran buruk sebegitu. Tapi bila time aku suka dok sorang-sorang, suka menyendiri, baru aku tau apa itu nikmat freedom dari hati. Bila bersendiri, dengan otometik nya otak kita akan terasa aktif. Banyak berfikir, banyak mengenang, banyak mengagak, banyak menyesal. Yes, BANYAK MENYESAL !! itu yang paling best.


Dalam masa menyendiri ni lah kita dapat fokus apa yang kita nak sebenarnya? Apa yang kita dah buat sebenarnya?  Apa yang kita rasa sebenarnya?  Dan mungkin boleh cari tau siapa kita sebenarnya?


Banyak tanda soal kan? Maybe, sebab memang itu yang perlu dicari tau. Sejujurnya takde kisah yang menarik dalam hidup aku. Itu apa yang aku rasakan lah. Tapi sebalik tu, aku yakin Allah dah rancang hidup kita semua ni menarik belaka kisahnya. Dan Alhamdulillah, I love my life life this way *feeling blessed


Dalam waktu kesendirian, ada banyak jugak manfaatnya. Daripada asyik berkumpul, hang out dengan kawan tanpa alasan, buang duit jalan-jalan tak tentu pasal, lebih baik try curi masa untuk diri bersendiri. Mungkin apa yang aku cakap ni bukan semua yang mengalami. Setakat yang aku pernah alami, menyendiri itu memang perlu. Perlu untuk berfikir, merenung dan mencari. Kita diciptakan Allah bersebab, bukan secara suka-suka. Dalam memikirkan apa, kenapa dan bagaimana, aku dapat rasakan something yang aku tak boleh ungkapkan. Senang cakap, Speechless. 

Ah Bajet lah dia ni. Berfikir konon. Awak, kita nak buat sesuatu memang kena berfikir. Bukan main balun je. Sebab tu Allah kurniakan akal, biar kita dapat berfikir. Yelah, aku nak cakap panjang pun bukan hebat sangat. Cuma aku rasakan, bila menyendiri kita akan dapat rasakan sesuatu yang jarang kita rasakan. But, bukanlah bermaksud masa menyendiri tu kita gunakan main game,tidur,tengok muvee, dan lain lain. Cuma maksud aku kat sini, cuba kita gunakan masa menyendiri tu untuk berfikir sekejap je. Selalunya orang sebut dengan Muhasabah Diri.

Dalam masa ni jugak, interaction kita dengan Allah boleh semakin baik. InsyaAllah. Lebih banyak mengadu dan mengadu kepada Allah. Bergantung sepenuhnya kepada Allah. Yakin dengan perancanganNya. Boleh dirasakan kemanisan disitu, insyaAllah.  =)

 Cari kelemahan diri, cuba cari cara perbaiki dan action.





Done! u must be a different person after this. Insya-Allah, along with du'a and effort.










7 comments:

Ez-1 said...

yes, Allah adalah perancang sebaik2 nya...yg penting kita kena sabar dgn ujian2 Nya... :)

EZAN IDMA said...

positif entry :)

Nisa said...

Assalamualaykum. Just came across your awesome blog. MashaAllah, love all those reminders in your entries. Keep it up and may Allah bless, ameen c:

SFaezah said...

jom join my 1st GA! http://sfaezah.blogspot.com/2013/09/mini-giveaway-by-sfaezah.html

Fariatul Harahap said...

@Ez-1 yup, sgt btul..

Fariatul Harahap said...

@EZAN IDMA trima ksih ;)

Fariatul Harahap said...

@Nisa ameen..insya Allah..thx fren.. :)